Ahad, 6 September 2009

Soalan Ramalan BM Penulisan UPSR 2009

Faedah Belajar Secara Berkumpulan

Setiap pelajar mempunyai kaedah belajar tersendiri.setiap murid perlu memilih kaedah dan teknik belajar yang paling berkesan dan mudah.
Pelajar-pelajar mudah mendapati pelajaran secara berkumpulan .Pelajar yang lebih lemah boleh meminta bantuan daripada rakan yang lebih bijak.mereka juga dapat mengetahui maklumat dengan lebih cepat. Selain itu,belajar secara berkumpulan juga dapat mungurangkan kos membeli bahan bacaan dan latihan.Pelajar boleh berkongsi buku rujukan bersama-sama.
Seterusnya,belajar secara berkumpulan juga boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Semua pelajar dapat berbincang tentang pelajaran dalam suasana yang menyeronokkan.
Belajar secara berkumpulan dapat menilai tahap pencapaian diri sendiri.ini dapat mewujudkan persaingan yang lebih sihat dalam kalangan murid. ia dapat meningkatkan motivasi untuk belajar bagi murid-murid.
Akhirnya, aktiviti belajar secara berkumpulan perlu dilaksanakan dengan terancang dan teratur. Murid -murid perlu berdisiplin dan berusaha dengan gigih untuk mencapai tujuan belajar.

Faedah Membawa Bekal

Membawa bekal ke sekolah mempunyai lebih banyak faedah dan juga kebaikan daripada membeli makanan di kantin. makanan yang dimasak oleh ibu atau anggota keluarga yang lain adalah amat berharga kerana ia adalah hasil air tangan mereka.
Salah satu faedah yang amatlah jelas berkenaan dengan tajuk ini adalah kita dapat menjimatkan wang sekaligus dapat menjamin kebrsihan makanan yang dibekalkan. banyak berita yang disiarkan di akhbar tentang keracunan makanan yang berlaku di seluruh negara. dengan kebersihan yang terjamin, kita dapat mengelakkan keracunan makanan dan juga penyakit2 yang lain seperti diabetes dan sebagainya.
Ibubapa kita mesti akan melakukan apa yang terbaik untuk kita. Justeru mereka akan membuatkan bekalan makanan yang seimbang untuk kita. makanan seimbang dapat memastikan bahawa badan kita berada di dalam keadaan yang sihat. Kuantiti makanan yang dibekalkan juga akan mencukupi untuk diri sendiri.
Sesetengah pengusaha kantin hanya memasak secara sambil lewa dan mengambil ringan terhadap rasa sesuatu makanan itu. Dengan ini jelaslah bahawa makanan yang dibekalkan dapat memastikan bahawa rasanya sedap.
Oleh itu, kita akan lebih menghargai hasil air tangan mereka dan akan sentiasa menyayangi mereka kerana kita tahu yang mereka akan sentiasa menjaga kita dengan baik.
Lazimnya, membawa bekal ke sekolah itu amatlah berguna bukan sahaja kepada diri sendiri malah berguna kepada masyarakat jika mereka juga membawa bekalan makanan ke sekolah.

Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Kokurikulum ialah aktiviti luar darjah yang bermanfaat dan begitu berkesan untuk membentuk pelajar kretif,progresif,dinamis,berdaya saing dan berwawasan.Kegaiatan yang merangkumi persatuan,Unit Uniform serta sukan dan permainaan untuk murid tahun tiga hingga tahun enam ini dijalakan selama dua jam seminggu.
Tidak dapat kita nafikan bahawa penyertaan dalam kegiatan kokurikulum ini banyak feadahnya.Aktiviti kokurikulum menekankan amalan bekerja secara berpasukan.Hasilnya setiap agenda yang diusaha menjimatkan masa,tenaga dan material.
Ditinjau daripada aspek pembentukan sahsiah,selain membolehkan pelajar memartabatkan ilmu dan mendominasikan kemahiran mekanikal, keaktifan dalam kegiatan kokurikulum juga akan melahirkan individu yang tegas,beretika dan cekal dalam menangani kemelut seharian
Penglibatan dalam aktiviti ini juga membolehkan masa kita terisi dengan tugasan yang memanfaat,lantas menghindari kita daripada sebarang pengaruh yang begitu negatif.
Malahan,kegiatan kokurikulum juga berpaksikan semangat berdikari dan jati diri,yang memungkinkan seseorang pelajar bertindak secara solo.
Menyedari hakikatnya tersenarai, jelaslah bahawa selain menjana idea dan kemahiran kretif,penglibatan dalam aktiviti kokurikulum mampu membentuk personaliti dan sahsiah setiap pelajar untuk mengharungi pelbagai oral kehidupan.

Faedah Menjaga Kebersihan Kelas

Afiq : Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Najwa?
Najwa : Ya, Najwa bercakap di sini.
Afiq : Bolehkah saya bertanya kenapa kita perlu menjaga kebersihan kelas?
Najwa : Afiq, Kita sebagai murid-murid banyak menghabiskan masa di dalam kelas untuk menuntut ilmu.Oleh itu,bilik darjah mestilah selalu bersih dan ceria.
Afiq : Kalau begitu, tentulah banyak faedah jika kita menjaga kebersihan kelas kita?
Najwa : Memang betul. Kelas mestilah kelihatan bersih kemas dan cantik dengan tidak mengumpul sampah di dalam meja dan membuat sampah di dalam kelas sahaja.
Afiq : Saya sokong pendapat awak, Najwa. Di samping itu,kita boleh melatih diri kita bersikap bertanggungjawab terhadap kelas.Ini juga dapat memupuk nilai murni di dalam diri kita seperti berdisiplin, bertanggungjawab dan rajin untuk membersihkan kelas.
Najwa : Ekoran daripada itu,kita dapat belajar di dalam kelas dengan selesa kerana kelas kelihatan bersih dan cantik.
Afiq : Sehubungan dengan itu, kita boleh memenangi pertandingan kelas terbersih. Kita akan mendapat pujian daripada guru-guru. Selain itu,kita boleh menjadi contoh kepada kelas-kelas yang lain.
Najwa : Kesimpulannya,faedah menjaga kebersihan kelas memang perlu kita amalkan seperti yang kita bincangkan.Oleh kerana kelas perlu dibersihkan, marilah kita bersama-sama membersihkan kelas kita esok supaya kelas kelihatan bersih dan cantik. Sesuailah dengan slogan, 'Kelas Bersih, Belajar Selesa'.
Afiq : Baiklah Najwa, kita jumpa esok. Terima kasih.
Najwa : Sama-sama.

Faedah Mempunyai Hobi
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, Penolong Kanan, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. "Kepentingan Mempunyai Hobi yang Menguntungkan" adalah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan buat hadirin semua.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Hobi merupakan sesuatu aktiviti yang dilakukan pada waktu senggang. Hobi boleh dilakukan tidak kira di mana jua, sama ada di dalam mahupun di luar rumah. Banyak kepentingan dan faedah yang boleh kita peroleh daripada hobi yang kita lakukan setiap hari. Kita boleh memanfaatkan kepentingan dan faedah itu pada masa hadapan.
Contohnya, hobi yang menguntungkan ialah melayari internet, membaca buku dan juga membaca surat khabar. Kita boleh memanfaatkan hobi ini dengan menambahkan ilmu dari segi pengetahuan am dan juga tentang isu-isu semasa.
Kawan-kawan sekalian,
Hobi boleh dilakukan oleh semua golongan masyarakat tidak kira yang tua mahupun yang muda. Ini kerana terdapat banyak hobi yang boleh dilakukan oleh semua golongan masyarakat. Contohnya, bersukan atau bersenam. Ini juga adalah hobi yang menguntungkan kerana ia dapat menyihatkan badan bukan sahaja setakat kesihatan fizikal malah kesihatan mental juga.
Selain itu, bercucuk tanam juga adalah salah satu hobi yang sangat menguntungkan. Bak kata pepatah, "berbudi kepada tanah, pasti akan mendapat hasilnya". Dengan hasil tanaman tersebut, kita boleh menjualnya untuk menambahkan pendapatan. Di samping itu, kita juga dapat mengurangkan suhu cuaca yang kini menjadi semakin panas.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa mempunyai hobi yang mnguntungkan amatlah berguna kepada kita semua. Seperti yang saya nyatakan tadi, selain daripada mngisi masa lapang, kita juga mendapat banyak faedah yang mana kita boleh memanfaatkanyya sebaik yang mungkin. Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, ingin saya sampaikan serangkap pantun yang telah di reka khas;
Banyak burung berterbangan,
Burung bayan, burung merpati,
Kepentingan hobi amat menguntungkan,
Faedah dan kebaikan kita manfaati.
Sekian terima kasih.
Ucapan Majlis Perpisahan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang diraikan Tuan Guru Besar SK Permatang Tok Mahat, guru-guru dan rakan-rakan sekalian, selamat pagi dan salam sejahtera.
Tujuan kita berkumpul di sini adalah untuk meraikan majlis perpisahan guru besar, Puan Saniyah Binti Hashim yang akan bersara pada 10 September 2009.
Beliau ialah seorang guru besar yang bertanggungjawab dan tegas tetapi disayangi oleh semua warga sekolah ini. Saya berasa amat sedih kerana persaraan beliau merupakan satu kerugian besar bagi sekolah kita.
Sepanjang empat tahun beliau berkhidmat di sini, beliau menyumbang banyak jasa dan pengorbanan. Dari segi akademik, beliau merancang beberapa program untuk memajukan pretasi murid-murid. Dalam usaha beliau, keputusan UPSR telah meningkat dari setahun ke setahun.
Selain itu, guru besar juga berjaya meningkatkan pretasi kokurikulum pihak sekolah. Pasukan kawad kaki telah berjaya menjuarai pertandingan kawad kaki di peringkat negeri dan kebangsaan.
Para hadirin sekalian,
Bagi mengakhiri ucapan saya ini, sekali lagi saya selaku ketua murid mewakili rakan-rakan lain mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar kita. Semoga beliau hidup dengan sihat sejahtera selalu.
Sekian, terima kasih.

Isnin, 2 Mac 2009

“Warga Tua Perlu Dihormati”

Syarahan yang bertajuk “Warga Tua Perlu Dihormati”

Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Lalang Puan Normala Samsuddin, guru -guru dan rakan-rakan sekalian
Lebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana pada pagi yang ceria ini saya telah diberi peluang untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Warga Tua Perlu Dihormati
Hadirin sekalian
Semua orang sedar bahawa pada suatu hari nanti kita juga akan menjadi seorang tua.
Sukakah kita kalau generasi muda tidak menghormati kita? Jawapannya pastilah tidak Oleh itu, kita sewajarnya menghormati warga tua yang telah banyak berjasa kepada kita.
Orang tua sememangnya telah banyak menaburkan jasa kepada kita Contohnya kedua-dua ibu bapa kita. Sepanjang masa mereka telah mengasuh menyara hidup kita dan memberikan pendidikan kepada kita agar kita menjadi manusia yang berguna. Orang tua ibarat payung yang melindungi kita terutama ketika kita masih kecil. Kita seharusnya menghormati orang tua tanpa mengira bangsa dan agama.
Selain ibu bapa kita, guru-guru dan para pemimpin negara harus kita hormati juga. Cuba kita bayangkan kehidupan kita tanpa mereka. Mereka telah banyak berkorban bagi menjadikan kita generasi yang berilmu dan berguna. Sebagai generasi yang berhemah tinggi kita perlulah mempunyai rasa hormat terhadap mereka dan warga tua yang lain.
Untuk menghormati warga tua bukannya susah. Kita perlulah memiliki nilai-nilai luhur seperti beradab sopan, lemah-lembut tidak meninggikan suara dan senantiasa menjaga perasaan mereka.
Akhir sekali saya menyeru kepada generasi muda agar menghormati warga tua. Amalan ini bukan saja amalan mulia malah dituntut oleh setiap agama.

Hari Penyampaian Hadiah

Pada hari Khamis yang lalu, sekolah saya telah mengadakan suatu majlis, iaitu Hari Penyampaian Hadiah. Majlis ini diadakan untuk menghargai pencapaian cemerlang para pelajar sama ada dalam kurikulum mahupun dalam kokurikulum. Majlis ini telah berlangsung di dewan sekolah.
Kira-kira jam 800 pagi, ibu bapa dan para jemputan mula memenuhi dewan. Majlis dimulakan tepat jam 8.15 pagi. Pegawai Pendidikan Daerah, iaitu Tuan Haji Abd. Rahim bin Ali telah memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapannya, beliau memuji pencapaian cemerlang para pelajar.
Sebaik saja selesai majlis perasmian, diadakan pula persembahan para pelajar. Para pelajar Tahun Enam telah menyampaikan persembahan koir. Kumpulan koir yang dipimpin oleh Cikgu Mujamal merupakan johan koir di peringkat negeri Melaka. Para pelajar dan tetamu memberikan tepukan gemuruh kepada kumpulan koir tersebut.
Kemudian, tibalah giliran pelajar Tahun Lima mempersembahkan pantomen. Pantomennya mengisahkan anak yang tidak mendengar nasihat. Persembahan kumpulan ini tidak kurang hebatnya dan berjaya mengusik hati tetamu dan pelajar.
Acara yang ditunggu-tunggu pun tiba iaitu majlis penyampaian hadiah. Para pelajar yang cemerlang dalam bidang tertentu naik ke pentas untuk menerima hadiah. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar iaitu Cikgu Hasmidan Selamat. Para pelajar gembira menerima hadiah masing-masing.
Majlis tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Sebelum bersurai ibu bapa dan tetamu dihidangi jamuan ringan.

'Peristiwa yang Tidak Dapat Kulupakan’

Apabila disebut nama Badri semua kawan kenal akan nama itu. Aku dikatakan sebagai seorang yang keras kepala. Memang benar gelaran tersebut diberikan kepadaku kerana aku jarang-jarang mendengar nasihat, meskipun nasihat ibuku sendiri.
Pada suatu hari, aku merayau-rayau di sekitar kampung. Aku terpandang akan beberapa biji mangga yang telah masak di kebun jiranku. Tanpa membuang masa, aku pun segera memanjat pohon mangga itu. Aku tidak meminta kebenaran daripada empunya kebun itu.
Tanpa aku duga, rupa-rupanya terdapat sarang tebuan pada pohon mangga itu. Dengan tidak sengaja aku merosakkan sarang itu. Sebagai akibatnya, beberapa ekor tebuan menyengat badanku. Terpaksalah aku terjun dan atas pohon mangga ilu untuk menyelamatkan diri.
Aku menjerit meminta pertolongan. Mujurlah, orang-orang kampung terdengar akan jeritanku. Mereka segera memberikan bantuan.
Aku dihantar ke hospital. Aku terpaksa tinggal di wad selama lima hari. Aku berasa terseksa kerana terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat.
Aku kesal atas peristiwa yang terjadi pada diriku. Aku menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibuku. Semenjak hari itu, aku berjanji tidak mahu mencuri lagi. Peristiwa tersebut akan aku kenang selagi hayat dikandung badan.

‘Suatu Kemalangan Jalan Raya yang Pernah Saya Saksikan’

Seperti biasa aku ke sekolah menunggang basikal. Jarak rumahku ke sekolah kira-kira dua kilometer saja. Aku menunggang dengan penuh hati-hati dan sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya.
Beberapa pelajar lain turut menunggang basikal. Mereka menunggang secara bersaing dan berlumba-lumba pula. Mereka sempat bergurau senda juga semasa menunggang basikal.
Di suatu selekoh, datang sebuah kereta dan arah yang bertentangan. Kereta itu dipandu laju. Pemandu kereta itu mencuba mengelak daripada melanggar pelajar-pelajar itu tetapi gagal.
Suatu dentuman yang kuat kedengaran. Pelajar-pelajar itu kemalangan Seorang daripadanya terpelosok ke dalam parit manakala seorang lagi terbaring di bahu jalan.
Aku segera berhenti di bahu jalan lalu memberikan isyarat supaya
kenderaan lain memperlahankan kenderaan masing masing. Aku melihat pelajar yang terbaring di bahu jalan itu tidak bergerak. Fahamlah aku bahawa pelajar tersebut telah meninggal dunia. Pelajar yang seorang lagi mengerang kesakitan. Pelajar itu segera dikejarkan ke hospital oleh orang ramai.
Kemalangan yang berlaku di depan mataku amat mengerikan. Begitulah padahnya jika seseorang tidak mematuhi peraturan di jalan raya. Aku semakin berhati hati semasa menunggang basikal di jalan raya.