Isnin, 2 Mac 2009

“Warga Tua Perlu Dihormati”

Syarahan yang bertajuk “Warga Tua Perlu Dihormati”

Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Lalang Puan Normala Samsuddin, guru -guru dan rakan-rakan sekalian
Lebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana pada pagi yang ceria ini saya telah diberi peluang untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Warga Tua Perlu Dihormati
Hadirin sekalian
Semua orang sedar bahawa pada suatu hari nanti kita juga akan menjadi seorang tua.
Sukakah kita kalau generasi muda tidak menghormati kita? Jawapannya pastilah tidak Oleh itu, kita sewajarnya menghormati warga tua yang telah banyak berjasa kepada kita.
Orang tua sememangnya telah banyak menaburkan jasa kepada kita Contohnya kedua-dua ibu bapa kita. Sepanjang masa mereka telah mengasuh menyara hidup kita dan memberikan pendidikan kepada kita agar kita menjadi manusia yang berguna. Orang tua ibarat payung yang melindungi kita terutama ketika kita masih kecil. Kita seharusnya menghormati orang tua tanpa mengira bangsa dan agama.
Selain ibu bapa kita, guru-guru dan para pemimpin negara harus kita hormati juga. Cuba kita bayangkan kehidupan kita tanpa mereka. Mereka telah banyak berkorban bagi menjadikan kita generasi yang berilmu dan berguna. Sebagai generasi yang berhemah tinggi kita perlulah mempunyai rasa hormat terhadap mereka dan warga tua yang lain.
Untuk menghormati warga tua bukannya susah. Kita perlulah memiliki nilai-nilai luhur seperti beradab sopan, lemah-lembut tidak meninggikan suara dan senantiasa menjaga perasaan mereka.
Akhir sekali saya menyeru kepada generasi muda agar menghormati warga tua. Amalan ini bukan saja amalan mulia malah dituntut oleh setiap agama.

Hari Penyampaian Hadiah

Pada hari Khamis yang lalu, sekolah saya telah mengadakan suatu majlis, iaitu Hari Penyampaian Hadiah. Majlis ini diadakan untuk menghargai pencapaian cemerlang para pelajar sama ada dalam kurikulum mahupun dalam kokurikulum. Majlis ini telah berlangsung di dewan sekolah.
Kira-kira jam 800 pagi, ibu bapa dan para jemputan mula memenuhi dewan. Majlis dimulakan tepat jam 8.15 pagi. Pegawai Pendidikan Daerah, iaitu Tuan Haji Abd. Rahim bin Ali telah memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapannya, beliau memuji pencapaian cemerlang para pelajar.
Sebaik saja selesai majlis perasmian, diadakan pula persembahan para pelajar. Para pelajar Tahun Enam telah menyampaikan persembahan koir. Kumpulan koir yang dipimpin oleh Cikgu Mujamal merupakan johan koir di peringkat negeri Melaka. Para pelajar dan tetamu memberikan tepukan gemuruh kepada kumpulan koir tersebut.
Kemudian, tibalah giliran pelajar Tahun Lima mempersembahkan pantomen. Pantomennya mengisahkan anak yang tidak mendengar nasihat. Persembahan kumpulan ini tidak kurang hebatnya dan berjaya mengusik hati tetamu dan pelajar.
Acara yang ditunggu-tunggu pun tiba iaitu majlis penyampaian hadiah. Para pelajar yang cemerlang dalam bidang tertentu naik ke pentas untuk menerima hadiah. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar iaitu Cikgu Hasmidan Selamat. Para pelajar gembira menerima hadiah masing-masing.
Majlis tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Sebelum bersurai ibu bapa dan tetamu dihidangi jamuan ringan.

'Peristiwa yang Tidak Dapat Kulupakan’

Apabila disebut nama Badri semua kawan kenal akan nama itu. Aku dikatakan sebagai seorang yang keras kepala. Memang benar gelaran tersebut diberikan kepadaku kerana aku jarang-jarang mendengar nasihat, meskipun nasihat ibuku sendiri.
Pada suatu hari, aku merayau-rayau di sekitar kampung. Aku terpandang akan beberapa biji mangga yang telah masak di kebun jiranku. Tanpa membuang masa, aku pun segera memanjat pohon mangga itu. Aku tidak meminta kebenaran daripada empunya kebun itu.
Tanpa aku duga, rupa-rupanya terdapat sarang tebuan pada pohon mangga itu. Dengan tidak sengaja aku merosakkan sarang itu. Sebagai akibatnya, beberapa ekor tebuan menyengat badanku. Terpaksalah aku terjun dan atas pohon mangga ilu untuk menyelamatkan diri.
Aku menjerit meminta pertolongan. Mujurlah, orang-orang kampung terdengar akan jeritanku. Mereka segera memberikan bantuan.
Aku dihantar ke hospital. Aku terpaksa tinggal di wad selama lima hari. Aku berasa terseksa kerana terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat.
Aku kesal atas peristiwa yang terjadi pada diriku. Aku menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibuku. Semenjak hari itu, aku berjanji tidak mahu mencuri lagi. Peristiwa tersebut akan aku kenang selagi hayat dikandung badan.

‘Suatu Kemalangan Jalan Raya yang Pernah Saya Saksikan’

Seperti biasa aku ke sekolah menunggang basikal. Jarak rumahku ke sekolah kira-kira dua kilometer saja. Aku menunggang dengan penuh hati-hati dan sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya.
Beberapa pelajar lain turut menunggang basikal. Mereka menunggang secara bersaing dan berlumba-lumba pula. Mereka sempat bergurau senda juga semasa menunggang basikal.
Di suatu selekoh, datang sebuah kereta dan arah yang bertentangan. Kereta itu dipandu laju. Pemandu kereta itu mencuba mengelak daripada melanggar pelajar-pelajar itu tetapi gagal.
Suatu dentuman yang kuat kedengaran. Pelajar-pelajar itu kemalangan Seorang daripadanya terpelosok ke dalam parit manakala seorang lagi terbaring di bahu jalan.
Aku segera berhenti di bahu jalan lalu memberikan isyarat supaya
kenderaan lain memperlahankan kenderaan masing masing. Aku melihat pelajar yang terbaring di bahu jalan itu tidak bergerak. Fahamlah aku bahawa pelajar tersebut telah meninggal dunia. Pelajar yang seorang lagi mengerang kesakitan. Pelajar itu segera dikejarkan ke hospital oleh orang ramai.
Kemalangan yang berlaku di depan mataku amat mengerikan. Begitulah padahnya jika seseorang tidak mematuhi peraturan di jalan raya. Aku semakin berhati hati semasa menunggang basikal di jalan raya.