Isnin, 2 Mac 2009

‘Suatu Kemalangan Jalan Raya yang Pernah Saya Saksikan’

Seperti biasa aku ke sekolah menunggang basikal. Jarak rumahku ke sekolah kira-kira dua kilometer saja. Aku menunggang dengan penuh hati-hati dan sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya.
Beberapa pelajar lain turut menunggang basikal. Mereka menunggang secara bersaing dan berlumba-lumba pula. Mereka sempat bergurau senda juga semasa menunggang basikal.
Di suatu selekoh, datang sebuah kereta dan arah yang bertentangan. Kereta itu dipandu laju. Pemandu kereta itu mencuba mengelak daripada melanggar pelajar-pelajar itu tetapi gagal.
Suatu dentuman yang kuat kedengaran. Pelajar-pelajar itu kemalangan Seorang daripadanya terpelosok ke dalam parit manakala seorang lagi terbaring di bahu jalan.
Aku segera berhenti di bahu jalan lalu memberikan isyarat supaya
kenderaan lain memperlahankan kenderaan masing masing. Aku melihat pelajar yang terbaring di bahu jalan itu tidak bergerak. Fahamlah aku bahawa pelajar tersebut telah meninggal dunia. Pelajar yang seorang lagi mengerang kesakitan. Pelajar itu segera dikejarkan ke hospital oleh orang ramai.
Kemalangan yang berlaku di depan mataku amat mengerikan. Begitulah padahnya jika seseorang tidak mematuhi peraturan di jalan raya. Aku semakin berhati hati semasa menunggang basikal di jalan raya.

4 ulasan: