Isnin, 2 Mac 2009

'Peristiwa yang Tidak Dapat Kulupakan’

Apabila disebut nama Badri semua kawan kenal akan nama itu. Aku dikatakan sebagai seorang yang keras kepala. Memang benar gelaran tersebut diberikan kepadaku kerana aku jarang-jarang mendengar nasihat, meskipun nasihat ibuku sendiri.
Pada suatu hari, aku merayau-rayau di sekitar kampung. Aku terpandang akan beberapa biji mangga yang telah masak di kebun jiranku. Tanpa membuang masa, aku pun segera memanjat pohon mangga itu. Aku tidak meminta kebenaran daripada empunya kebun itu.
Tanpa aku duga, rupa-rupanya terdapat sarang tebuan pada pohon mangga itu. Dengan tidak sengaja aku merosakkan sarang itu. Sebagai akibatnya, beberapa ekor tebuan menyengat badanku. Terpaksalah aku terjun dan atas pohon mangga ilu untuk menyelamatkan diri.
Aku menjerit meminta pertolongan. Mujurlah, orang-orang kampung terdengar akan jeritanku. Mereka segera memberikan bantuan.
Aku dihantar ke hospital. Aku terpaksa tinggal di wad selama lima hari. Aku berasa terseksa kerana terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat.
Aku kesal atas peristiwa yang terjadi pada diriku. Aku menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibuku. Semenjak hari itu, aku berjanji tidak mahu mencuri lagi. Peristiwa tersebut akan aku kenang selagi hayat dikandung badan.

1 ulasan: