Isnin, 2 Mac 2009

Hari Penyampaian Hadiah

Pada hari Khamis yang lalu, sekolah saya telah mengadakan suatu majlis, iaitu Hari Penyampaian Hadiah. Majlis ini diadakan untuk menghargai pencapaian cemerlang para pelajar sama ada dalam kurikulum mahupun dalam kokurikulum. Majlis ini telah berlangsung di dewan sekolah.
Kira-kira jam 800 pagi, ibu bapa dan para jemputan mula memenuhi dewan. Majlis dimulakan tepat jam 8.15 pagi. Pegawai Pendidikan Daerah, iaitu Tuan Haji Abd. Rahim bin Ali telah memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapannya, beliau memuji pencapaian cemerlang para pelajar.
Sebaik saja selesai majlis perasmian, diadakan pula persembahan para pelajar. Para pelajar Tahun Enam telah menyampaikan persembahan koir. Kumpulan koir yang dipimpin oleh Cikgu Mujamal merupakan johan koir di peringkat negeri Melaka. Para pelajar dan tetamu memberikan tepukan gemuruh kepada kumpulan koir tersebut.
Kemudian, tibalah giliran pelajar Tahun Lima mempersembahkan pantomen. Pantomennya mengisahkan anak yang tidak mendengar nasihat. Persembahan kumpulan ini tidak kurang hebatnya dan berjaya mengusik hati tetamu dan pelajar.
Acara yang ditunggu-tunggu pun tiba iaitu majlis penyampaian hadiah. Para pelajar yang cemerlang dalam bidang tertentu naik ke pentas untuk menerima hadiah. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar iaitu Cikgu Hasmidan Selamat. Para pelajar gembira menerima hadiah masing-masing.
Majlis tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Sebelum bersurai ibu bapa dan tetamu dihidangi jamuan ringan.

12 ulasan:

  1. ada tajuk ini?
    tuliskan sebuah ucapan bagi majlis penyambayaan hadiah.sebagai wakil tuliskan teks ucapan anda

    ><

    BalasPadam
  2. Byk karangan boleh buat melalui Hari Penyampaian Hadiah ....

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. nice but I want ucapan tentang hari penyampaian hadiah

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Tuliskan karangan suasana majlis penyampain hadiah

    BalasPadam
  7. Play'n GO | YouTube, Videos, Bots
    Play'n GO is a live dealer casino. In 2019 it became the live dealer site of the best youtube to mp3 converter app in the world of live casino games and live casino,

    BalasPadam